http://2.bp.blogspot.com/_NGLN8-IACTs/SijSRbw-RKI/AAAAAAAAPTg/p_dhS5RrDLk/s1600/blue1.gif

Monday, March 1, 2010

perjalanan hidup ku..

apa khabar iman antum pada hari ini ?



apa khabar hati antum pada hari ini ?



tanya diri..muhasabah diri..





ana hanyalah seorang hambah Allah yg telah dilahirkan di kg merabau kota belud sabah(,")..nama diberi Al adil bin Datu Majid..ana lahir dari keluarga yang miskin..boleh dikatakan kais pagi makan pagi kais petang makan petang..tetapi alhamdulillah biarpun begitu kami sentiasa hidup dalam keadaan yang cukup tanpa beban apa-apa seperti hutang kerana kebijaksaan ayahanda ana mengatur kewangan keluarga kami..namun kami sering kali bermukim,,selalu berpindah randah dari satu kawasan ke satu kwasan yang lain sehingga menyebabkan banyak masalah yang terjadi dalam keluarga kami..contohnya pelajaran ana terbantut selama 5 tahun kerana terpaksa ikut keluarga berpindah randah yang memerlukan kos yang amat tinggi. apapun itu semua ketentuan Allah yang mempunyai hikmah disebaliknya.





ana bersekolah tadika pada asalnya di kg pintasan iaitu sekolah pertama yang ana jejaki untuk menuntut ilmu



pada umur 5 hingga 6 tahun dan melanjutkan pelajaran di sekolah rendah sk tamau kota belud tahun 1 tapi hanya setengah tahun sahaja dan terpaksa ikut keluarga berpindah ke lahad datu sabah dan bersekolah di sk pekan lahad datu tetapi hanya mampu hingga ke akhir tahun 1 sahaja dan tahun 2 pula saya bersekolah di sk luk yuk tak silap ana..lupa dah..sekolah rendah cina di kudat, sabah. hingga tahun 2 setengah dan kembali ke sk tamau kota belud pada pertengahan tahun 2. pada tahun 3 keluarga ana sekali lagi berpindah ke kg rampayan laut dan ana menyambung persekolahan di sk nanamun pada umur 9 tahun iaitu tahun 3 hingga ke tahun 6. selepas itu ana menyambung pelajaran ke peringkat menengah di smk taun gusi dari tingkatan 1 hingga 2 sahaja dan tingkatan tiga ana sambung belajar di smk taman fajar iaitu di sandakan kerana ikut keluarga berpindah dan hanya mampu bertahan selama setengah tahun di tingkatan 3 dan pertengahan tingkatan 3 sebelum sempat mengambil PMR ana telah berenti belajar kerana mengikuti keluarga berpindah ke lahad datu semula. disini lah keluarga kami dalam krisis yang amat dan dalam umur yang muda ana belajar berdikari dan mula bekerja untuk membantu keluarga. pada umur 15 tahun hinggalah umur 20 tahun ana melakukan banyak pekerjaan dan mendapat pelbagai pengalaman hidup dalam bidang kerjaya dan alhamdulillah ana dengan kehendak ingin belajar semula dapat menyambung pelajaran kembali dengan mengambil spm calon persendirian pada 2007. selepas mendapat keputusan spm ana dapat tawaran diploma pengurusan teknologi UTM. dan sekarang 2010 ana masih dalam mengajian mengambil diploma. biarpun sudah terlewat selama 5 tahun namun ana masih bersyukur kerana diberi peluang kembali untuk menuntu ilmu alhamdulillah. begitu la serbah sedikit perjalanan hidup ana dalam mengharungi halangan-halangan dalam mencari ilmu.





aL-pelajarbijakpandai

Pendakwah cinta

apa khabar hati antum pada masa ini ?
apa khabar iman antum pada masa ini ?
tanya diri muhasabah diri..

wahai cinta..kenapakah engkau merosakkan hati sahabat2 ku..ya Allah bebaskanlah mereka dari belenggu cinta yang salah..cinta bisikan syaitan..virus-virus cinta..